Saya pindah blogspot

Saya dah pun berhijrah ke New York ke blogspot laa..jangan salah jalan, masuk sini oke..Duri Dunia Mawar Syurga

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Masa yang berharga

Tak berapa baru hari tu saya ada membeli jam dinding baru. Geram sebab jam dinding yang dibeli di SS Home dulu tu tak berfungsi plak. Dekat RM50++ jugak saya beli jam tu sebab satu ianya sangat BESAR supaya saya boleh tengok masa dengan jelas dalam bilik (saya ni agak kurang sensitif dengan masa dekat rumah) dan lagi satu sebab ianya jam dinding English design dengan bunga-bunga rose. Huwaaarghh!

Jam tu tak berfungsi disebabkan jarum jam dah jadi longgar. Saya ni plak kreatif sangat (memang saya suka bertukang dan baiki alat sendiri), dengan konfidennya pergi bukak skrew dan gear dalam jam tu (siapa suruh!) dan cuba nak repair la konon. Namun tak berkesan. Nak inovatif lagi, saya beli jam RM 5.00 kat kedai belakang rumah, kemudian saya cabut jarum jam tu nak pasang pada jam rosak saya.

Tapi nak buat macam mana, nampaknya idea saya tu tak menjadi sebab baru saya perasan yang jarum jam baru tu tak sama besar. Dahtu gear pada jam saya dah lari kedudukannya jadi tak boleh nak berputar lagi. Rasa rugi jugak. Akhir skali jam tu dijadikan perhiasan dinding jelah >_<

Bercakap pasal jam, saya nak berkongsi sesuatu tentang masa. Sempena hari kelahiran saya yang ke-23 pada tanggal Small Mini  Note  Icon 18 Mei 2010 hari tu, ramai kawan-kawan yang wish happy birthday dan mendoakan saya Small Mini   Heart Icon Small Mini   Heart Icon Terima kasih tak terhingga atas peringatan yang korang berikan. Namun, pesanan dari mama tak mungkin saya boleh lupakan. Sebelum ucapan tahniah, mama mengucapkan takziah atas hari jadi saya. Pelik kan?

Mama jelaskan sebenarnya bila usia kita kian meningkat, umur kita semakin pendek, begitu juga kematian menhampiri kita. Sedangkan amalan-amalan yang kita lakukan sebelum ni hanya sedikit, tapi dosa yang kita mungkin lakukan akan datang bertambah. Jadi untuk apa kita bergembira tatkala hidup kita hampir mencapai hujungnya. Kita patut lebih berasa sedih. Orang putih tak faham, sebab tu mereka happy bila masa birthday.

Bila saya renung kembali kisah perjalanan hidup saya, memang betul..tidak ada yang boleh digembirakan sebab kebanyakan masa telah disia-siakan. Fikir-fikirlah sejenak tentang masa yang korang telah habiskan sebab kelak Allah akan tanya di hari kemudian.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Surah Al-‘Asr (103)

Maka beruntunglah mereka yang menguruskan masa dengan betul dan menepati masa Small Mini  Clock Icon

Leave a comment

Filed under Mumbo jumbo, Roses

Dugaan kedua Dew

Hari ni sekali lagi Dew diduga dengan kehadiran makhluk asing. Jeng..jeng..jeng. Siapakah alien berkenaan? E.T? Wall-E? Shrek pun bukan. Namanya adalah Encik U.S. Korang kenal?

Ceritanya bermula apabila saya balik dari lab selepas seharian suntuk berhempas pulas meng’isolate’ ekstrak kunyit (Curcuma longa). Sebenarnya saya sedang membuat satu projek research berkaitan compound dalam kunyit iaitu curcuminoids. Curcuminoids ni mengandungi 3 compound lain iaitu Curcumin, Bisdemethoxycurcumin dan Demethoxycurcumin. Apabila curcuminoids dicampur dengan antibiotik yang saya pilih iaitu Ciprofloxacin, ia boleh memberi efek sinergistik sebagai anti-bakteria. Bagus kan?

Jadi dengan campuran kunyit-antibiotik tu, keberkesanan antibiotik sebagai antibakteria boleh dioptimakan sambil mengurangkan kesan sampingan. Yahuuu (kalau berjaya lah!) Tapi hampehnya saya ni agak lembab untuk membuat kerja di lab kerana asyik menurut mood malas saya. Sungguh lazyperson -_-‘

Ok, berbalik kepada kisah asal. Sebelum pergi ke lab pada pagi tu, Dew saya tinggalkan sorang-sorang sekor-sekor dalam sangkarnya dan diletakkan atas longkang. Bila saya balik je dari lab, saya perasan kedudukan sangkarnya dah berubah. Ia terletak atas kerusi batu tempat saya biasa duduk potong carrot dan sayur Dew. E’eh.. saya fikir..Kenapa dah beralih tempat? Saya fikir mungkin ada kawan tolong alihkan, tak mungkin sangkar tu jalan sendiri betul tak?

Saya pun biarkan perkara tu berlalu. Pada sebelah malamnya sedang saya ke tandas, datanglah kawan saya, Nuha. Ceritanya, Pakcik Guard yang alihkan sangkar Dew sebab Dew hampir-hampir kena serang dengan Encik Ulaq Sawa! Nasib baik Amani perasan ada ular dalam longkang dan cepat-cepat telefon Pakcik Guard supaya datang basmi ular tu. Tapi malangnya ular tu dah lari..ke mengengsot terlepas ke tempat lain.

Sejak dari tu, saya dah tak berani lalu dekat-dekat dengan longkang tu lagi. Takut kepala Encik Ular Sawa duk intai bawah kain saya. Cuma saya paling kesian dekat Dew sebab banyak betul dugaan dia hidup sebagai arnab saya .. heee~

P/S – perasan tak hidung Dew agak merah..Kenape ye? Mungkin dia duk sodok pintu sangkar dia kot. Takpelah, lagipun esok nak mandikan Dew, tengok la cam mana nanti

Leave a comment

Filed under Bunny

Gatal tangan membeli

Hah, beberapa hari lepas kan saya ada bercerita pasal Small  Mini   Heart Icon Projek Rozalea Small Mini   Heart  Icon Disebabkan tangan saya yang gatal ni, ia telah mengklik kat sini dan membeli 2 fabrik cantik kat atas tu. Waa~ masa sampai punyala saya gumbira, sebab sangat comel kainnya. Yang satu tu bercorak butterfly dan sebelahnya  sweet pink roses ala-ala vintage gitu. Kedua-duanya berharga RM9.00 setiap 1/4 meter (ini jerlah yang saya mampu T_T, kalau korang nak bayar takpe jugak beli lebih). Miss May sangat baik hati memulangkan baki duit RM1.oo untuk pos express. Terharunya walau dapat seringgit balik (boleh beli cendol kat cafe nanti…hehe).

Kain yang lagi satu bercorak gingerbread man saya beli di Kamdar masa jalan-jalan kat Kuantan. Ada 4 pilihan warna, pink, biru, coklat dan hijau (kot) tapi saya pilih pink sebab nak padan dengan felt tebal berwarna dark coklat dan pink yang dibeli sebelum ni dekat Aimi Craft. Ada beberapa button tu saya order dari Jajakraft dah pun selamat sampai. Kesemuanya tomey-tomey belaka Small Mini   mushroom

Cuma buat masa sekarang, saya tengah tunggu felt yang saya order dari Khainiza’s Little Shoppe dan LoveTheButtons untuk sampai. Harap-harap pakcik posmen tak duduk goyang kaki atau goyang tangan ye. Cepat-cepatlah barang saya sampai kalau tak veryrosyperson akan menjadi veryangryperson.. hahaha.

Leave a comment

Filed under Craft

Tangkap gambar roses

Gambar roses ni diambil semasa melawat Nursery bunga berdekatan dengan rumah saya, jalan nak ke Tambun. Memang kebiasaannya masa cuti semester mama akan ajak ke Nursery bunga untuk menangkap gambar orkid nak ditambah ke koleksi peribadinya. Sampai Amoi kat tempat bunga tu pun dah tak layan kiteorang sebab tahu datang nak tangkap gambar je (huhuh berasa hati! haha). Bukan la pro pun menangkap gambar, cuma suka-suka (guna digital kamera boleh laa~). Ni beberapa shot yang saya ambil setelah beberapa kali cuba. Saya paling suka roses warna peach camni.

Saya ni taklah pandai menangkap gambar, jadi mama la banyak bagi nasihat. Katanya kalau nak tangkap gambar bunga ni, pastikan latar belakang (background) tak serabut supaya bunga kelihatan jelas. Kalau background gelap cam warna hitam tu lagi sesuai la untuk bunga yang berwarna terang. Nasib la saya pakai T-shirt hitam masa pergi Nursery tu, tak pasal-pasal jadi latar belakang (o_O model sambilan)

Lagi satu, ambil gambar dari sudut yang kelopak bunga nampak simetri dan tersusun cantik. Biar nampak base bunga (err..panggil apa bahagian bawah bunga tu??). Jangan la plak ambil dari sudut tegak dari atas sebab bunga akan kelihatan flat. Sebab tu masa nak ambil gambar dengan mama kena senget ke sana, senget ke sini baru puas hati…hiihihi

Leave a comment

Filed under Roses

Sejarah HunnyDew

Dulu tergerak hati nak bela arnab balik bermula bila Mr.One ajak sama-sama beli arnab dengan dia. Katanya dah puas membela kucing, jadi nak cuba haiwan lain. Lagipun kucing dia dah takde (arwah Tabby R.I.P), jadi agaknya Mr.One sunyi kot (ye ke?). Memandangkan saya memang  sukakan arnab dan satu ketika pernah membela arnab, terus setuju dengan pelawaan dia.

Nak mencari arnab ni tak susah..click saja kat Mudah.my, dapatlah pencarian kiteorang. Nama pun Mudah kan (uik, promote ke ni?) Harga arnab boleh tahan..dari semurah belasan ringgit Malaysia hingga mencecah ratusan. Yang sukar masa nak memilih. Antara jenis-jenis baka arnab yang dijual  ialah Anggora, New Zealand, Holland, Lop, Teddybear..macam-macam lagilah.

Sebelum kiteorang beli dengan dealer dalam Mudah.my tu, adalah beberapa kedai pet store yang di survey dekat area  Kuantan ni. Tak macam Mudah.my tu, memang tak Mudah langsung nak pergi pusing setiap kedai pet cari arnab sebab tak banyak pet store di sini ada stock arnab , kalau ada pun arnab tu bukan dalam kondisi yang baik atau tak berapa sihat. Memilih bukan sebab apa, takut-takut nanti bila bawak balik terus dah kiok..tak sempat dia nak kawen pon..ish..ish.

Ok, balik kepada cerita saya. Lepas puas survey di kedai pet, saya dan Mr.One mencuba nasib dengan dealer dari Mudah.com iaitu abang Zam. Hajat di hati nak mencari rabbit Lop ear (telinga jatuh) tapi tak kesampaian. Lepas beberapa kali call, kiteorang plan berjumpa dekat area stadium Kuantan. Abang Zam bawa 7 ekor arnab untuk dipilih, ada 4 ekor Anggora mix, seekor arnab kampong dan 2 Lionhead.

Setelah abang Zam di soal selidik (banyak dia yang bercerita, tak sempat kiteorang nak menyampuk). Akhirnya kiteorang sepakat membeli 4 ekor arnab Anggora mix dengan harga RM 170.00. 2 daripadanya menjadi milik saya.  Hunny, name untuk si betina dan Dew, pasangan jantan. Masa tu HunnyDew baru berumur sebulan setengah.

Paling penting masa beli tu tanyala dulu arnab tu baka apa, umur arnab, macam mana arnab tu dijaga, harga pun tanya la jugak. Ini berdasarkan pengalaman saya la. Arnab yang dibeli tu jangan terlalu muda sebabnya arnab yang belum putus menyusu dengan mama dia tak cukup bersedia nak diberi makan pellet.  Yerla, macam korang baby dulu..kena minum susu badan baru makan nestum kan. Ke korang lahir-lahir dah pandai ratah biskut Rusks? Kalau tak padahnya, nanti arnab tu cirit-birit.

Jadi, sebaik-baiknya sebelum membeli buatlah beberapa persediaan. Kaji dulu tentang arnab sekiranya korang betul-betul berminat nak bela. Nak tahu tips-tips penjagaan dan cara menjaga haiwan berbulu kapas ni.. boleh la check kat blog ni. Masa saya mula-mula nak bela HunnyDew, persediaan asas yang saya cari ialah:

Small Mini   mushroom Tempat tinggal

Kenala ada rumah untuk si kecil betul tak?  Pilihan tempat tinggal untuk arnab saya agak terhad memandangkan saya sedang menetap di hostel, jadi mengikut kawasan dan budget yang sesuai ialah sangkar besi bersaiz kecil saja. Harga sangkar bersize 19 x 13.5 x 18 inch yang saya dapat adalah RM50. Memadailah untuk orang yang bergelar student ni kan.

Mengikut Lazy Bunny, sebaik-baiknya size sangkar adalah 4 kali ganda size arnab. Dulu masa saya beli baby HunnyDew muat lagi dua-dua ekor dalam sangkar, tapi bila dah dewasa sendat la pulak. Jadi agak-agaklah berapa besar arnab korang boleh mengembang sekiranya nak menggunakan sangkar tu dalam tempoh lama. Selain kos dan size, faktor lain untuk tempat tinggal arnab ialah mengikut kesesuaian penghuninya. Sekiranya rabbit berkeluarga besar (ada anak-anak, nenek, besan etc) kenala pakai sangkar yang lebih lapang atau sediakan tempat berasingan bagi arnab He and She (elak berlakunya kes sumbang mahram..hehe)

Small Mini   mushroom Makanan

Macam yang saya katakan, selepas baby arnab putus susu dengan Mama dia baru boleh diberi makan pellet atau sayur-sayuran. Selain dari pellet, arnab boleh diberi makan hay (rumput kering) dan buah-buahan. Pellet yang saya gunakan ialah brand Briter Bunny berharga RM10.00 – RM 12.00 /pack (1kg)

Selain tu, habit arnab nie dia suka menggigit atau mengasah gigi dia. Jadi hay sangat sesuai diberi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan gigi yang baik dan elak obesiti. Pellet yang berlebihan boleh menyebebkan arnab jadi gemot (dulu saya tak tahu, sekarang dah tahu) cam Dew sekarang ni..hohoho. Kalau hay tu ada jenis alfafa dan oat tapi saya biasa beri alfafa. Sayur-sayuran seperti lobak merah, sawi, kangkung dan boleh diselang-selikan dengan pellet.

Small Mini   mushroom Perkakas

Bekas makanan yang saya beli ialah mangkuk clay sebabnya arnab ni haiwan yang lasak. Nampak je luaran gebu comel-comel, tapi korang belum tengok lagi masa dia makan..Mak aii, hilang terus kesopan santunan arnab tu.. hahaha. Jadi bagi mengelakkan makanan tertonggeng tercampak (elak pembaziran), carilah bekas yang kukuh dan lubangnya tak terlalu dalam  supaya senang dia nak jenguk makanan.

Kemudian, bekas isi air minuman pun jangan lupa. Arnab memang kuat minum terutamanya bila lepas makan pellet (elak tercekik agaknya). Saya pilih bekas air diperbuat dari plastik pastu siap ada tempat sangkut pada sangkar. Sekiranya korang nak jimat dengan isi air dalam bekas plastic biasa pun boleh, tapi pastikan diikat kemas-kemas pada sangkar supaya tak tertumpah atau gerak-gerak.

Setakat itu jerlah kisah saya mula-mula mengambil HunnyDew sebagai arnab angkat.

Leave a comment

Filed under Bunny

Projek rozalea

Dah beberapa hari tangan ni rasa gatal nak mengerjakan sesuatu.Yang jadi mangsa adalah laptop  HP saya ni..Miss Rozalea. Mesti korang fikir laptop pun ada nama? Saya ni suka bagi nama kat barang yang saya sayang, sebab senang nak pujuk bila barang tu buat hal atau merajuk kot.. hehe. Miss Rozalea ni pengganti kepada Miss Lilyloo iaitu Compaq Presario V200 yang dah saya miliki sejak dari matrikulasi IIUM PJ lagi.

Tapi sayangnya selepas hampir 4 tahun berkhidmat, Miss Lilyloo ada penyakit kronik bronkitis dimana salur pernafasannya tersumbat dengan debu (kuat betul imaginasi saya..hahaha) dan Motherboard dia hampir cair. Adakah Miss Lilyloo selalu demam panas sebab menggunakan processor AMD?  Dahtu Miss Lilyloo ni asyik pitam je kekadang sampai 2-3 hari, jadi saya pun menyerahkannya kepada Mr.One.

Mr.One ni kalau nak tahu dia doktor komputer, jadi di bawah penjagaan dialah Miss Lilyloo semakin ok. Tapi masa tu saya dah pun beli Rozalea..weee~ ^_^ Masa nak survey laptop ni punya la susah, saya fikir masa tengok brochure dan forum tu macam senang je.  Sebelum ni pun, abah yang belikan Lilyloo. Bila tengok kawan-kawan, student akan cari notebook Lenovo, Acer atau Dell. Abah saya suruh beli Toshiba, Mr. One plak recommend Acer Aspire tapi saya keras hati kepala batu betul nak jugak jenama Compaq atau HP. Ntah kenapa minat bebenar dengan jenama tu.

Jadi mengikut budget yang telah ditetapkan (abah saya la yang sponsor…hihihi..) saya pun meronda-ronda kat area Berjaya Megamall Kuatan and East Coast Mall nak cari laptop .  Bila cari yang ni spesifikasi tak kena, cari tu tak cukup duit plak.. ada tu sampai saya kena tegur dengan Mr.One sebab  tak boleh buat keputusan. Akhir skali, lepas penat kena berleter dengan dia, saya pun dengan konfidennya memilih HP Pavillion dm3 sebagai teman tidur kerja saya.

Jadi sekarang, untuk kesenangan dan kecomelan Miss Rozalea. Saya tengah buat satu projek untuk dia. Dah lama saya  rancang, cuma sekarang je ada peluang untuk buat. Wahaa..nantikan~

P/S – Harap-harap menjadilah hasil tangan miang saya ni. Kalau tak sia-sia saya skip pergi lab semenjak dua ni.

1 Comment

Filed under Work